Nahhhhh today hari jumaat, 15 4 2011. Girls form 2 SMK Setapak Indah kena injection HPV. Semua orang kena. Macam biasa datang sekolah beratur baca Yaasin. Then semua perempuan perempuan form 2 ni tunggu dekat dewan. Kitorang pun duduklah belakang dewan sementara tunggu nurse nurse tu sampai. Dah lah lambat nak mampos sampai, kata 830 pukul 9 baru sampai, berapi je. Then dah siap semua class Suria first, tanya diorang sakit ke? Bantai jawab sakit nak mampos. Rilek je ah, konon sakit. Then class Utarid second iaitu class aku. Masuk bilik kesihatan ambil tempat semua nurse bagi buku. Dah siap bagi semua, nurse tanya siapa dah dapat buku dah boleh masuk, semua duduk buat tak tahu (cilanat je perangai) Then Eyqa bangun dia orang first kena inject, hahaha kemain. Then Fatin Mira, barulah kitorang. Dah lah aku yang kena dulu, Ftyn Maz Fatiha dekat nurse lagi sign buku. Masuk bilik kejadah tu terlanggar plak 'oh mak kau' (melatah) nurse tu gelak. Sial. Then duduk lah, nurse tu kata jangan gerak, memang tak ah en nak gerak. Then dia inject jadah tu, pehhhh sedap :D Tak sakit pun. Keluar buat muka minta kaki. Semua tanya sakit tak, hahaha tak sakitlah derr, second dos lagi sakit than last dos ni. Hahaha. Then baring dekat bilik sebelah, kitorang conquer dua dua katil, baring dengan kaki kaki dekat atas. Hahaha kesian yang lain duduk atas meja ye. Atotototo. Haha then dah habis tu keluar ah duduk dewan. Then tangan dah kebas malas nak type.
Byeeeeee :D
